Thursday, February 21, 2013

Apabila si pendiam mula menulis...

Salam semua!

Gila lama tak update blog. Haha. So untuk kali ni setakat nak luahkan la apa yang terbuku dalam hati for almost a month! (a month you!!! bukan a day or an hour!)

Sebelum ni aku pernah bekerja as guru tadika (sesajer cari pengalaman baru) lepas berhenti jadi VA kat Shah Alam. Plus tu impian my mom sebab alasannya aku suka / sayang haiwan. So she thought aku suka / sayang juga pada budak-budak. Well, honestly aku agak annoying sikit la dengan budak-budak. Tapi dah permintaan my mom, so gagahkan lah juga diri ini untuk menceburi bidang yang aku kureng suka.

So, yes, memang confirm la dapt that job. Kat mana? Kat tadika yang dikatakan menerapkan nilai-nilai Islam di Melaka. Tadika ni HQ dia kat JB. Kat Melaka ni setakat cawangan jer. Ada lebih kurang 4 cawangan dia di Melaka. Perlu sebut ke that tadika's name? Namanya *sila baca sampai habis*

Honestly tadika tu ok. Suasana pun ok. BUT! yang membuatkan aku terpaksa berhenti adalah kerana pihak pengurusan or senang cerita sebab bos dia yang agak bossy (dah namanya bos mestilah bossy!) and pengelola tadika tempat aku kerja ni (pengelola ni lebih kurang macam orang yang handle that cawangan la).

Bercerita pasal bos dia, mereka ni husband & wife. Sepanjang aku kerja kat sana aku boleh kawal lagi la ketidakpuasan aku + keegoan dia. But then, around end of January aku memang betul betul tak sihat. So aku minta la cuti and guess what the wife said?

Siapa akan handle your class? Tanggungjawab siapa tu?
Agak kurang ajar tak? Pada aku yes. Walaupun dia bos but still please do have some respect to your downline. Tapi yang kelakar, bila aku kurang ajar dengan dia, marah pulak. Haha. So, for that whole day memang aku dah down gila sampai budak-budak kena tempias. Si pengelola / pengurus tadika tu pulak ego sama je macam bos. Pernah one day, aku cerita-cerita plan nak berhenti and she said

Takpelah. Berhenti je la. Aku kat sini pernah la handle sorang-sorang dengan budak-budak seramai 30 orang.
 And so! Sebelum akhir bulan aku berhenti. Kiranya bagi notis 24 jam. That pengelola said, if bagi notis 24 jam memang tak akan dapat gaji but ada 3 orang yang bagi notis 24 jam dapat gaji. Aku? Dahlah dengan selamba nya si bos tu guna kereta bapak aku untuk angkut budak-budak balik sekolah & pergi sekolah agama. Sengal tak? Lepas tu bila kereta bapak aku tu rosak / bapa aku nak guna, boleh pulak dia persoalkan. Double sengal tak? Time kereta bapak aku rosak, dia jawab

Kereta rosak apa? So, bila kereta boleh siap? *Lepas aku terangkan semua* Takpe, esok dah ok. Saya pun pernah alami. 

Time kereta tu bapak aku nak guna (yer la, kereta dia, sukati dia la), dia persoalkan

Kenapa bapak awak nak guna? Dia nak guna untuk pergi mana?
Seriau je darah aku waktu dia persoalkan tu. Last sekali aku jawab,

Kereta tu bapak saya yang punya. Atas nama dia. Dia yang bayar. So, suka hati dia la nak guna ke, nak simpan ke, nak rosakkan ke, nak jual ke. Yang encik nak persoalkan kenapa? Encik pun bukannya minta kebenaran bapak saya untuk guna kereta dia untuk dijadikan pengangkutan nak hantar / ambil budak-budak sekolah. So, encik takde hak nak persoalkan pasal ni.
So, pada bos Tadika Iman, tadika anda memang best. I do enjoy working there tapi disebabkan layanan anda yang membuatkan ramai berhenti. Takkan anda tak pernah sedar kenapa ramai yang dah berhenti dalam tempoh 3 bulan? Juga takkan anda tak sedar kenapa ramai yang dapat that job tak datang untuk daftar kerja pada hari pertama? Plus takkan tak sedar kenapa orang yang paling lama bekerja dengan anda pun dah hantar notis berhenti 3 bulan? Jangan terlampau ego dengan mengatakan

Saya ada lagi 40 resume yang nak kerja dengan saya. 

If so, kenapa masih lagi anda mencari pekerja dengan mengiklankan jawatan kosong di merata tempat for almost everyday?  Tak cukup ke dengan 40 resume tu?

Do something bout your attitude. Buang ego anda. Hormat pekerja anda. Hargai mereka.

Sekian...
 

それでも愛しい人よ © 2008. Chaotic Soul :: Converted by Randomness