Memang tak dinafikan, kita selalu dengar perumpamaan seperti itu. Tapi adakah kita sedar hidup kita ibarat roda atau pun kita hanya sekadar membiarkan sesuatu yang berlaku berlalu begitu sahaja?Hidup ini ibarat roda.
Ibaratkan kita sedar akan hidup kita seperti roda. Tandakan suatu part (for sure almost all of us akan tanda di bahagian atas) pada roda tersebut sebagai penunjuk hidup kita. For starting, we will see we're at above. Nothing can change the feelings of being so happy like the world is yours. And then, after a while, with a 'force' applied, that part goes slowly down to earth. Time taken will be depending on the force. Sometimes, in a second, that part's already at the bottom (180°) but sometimes, it will stop at the 45° or maybe at 35°. Well, as I said, it will depend on the force.
Jika, that part stops at less than 10°, adakah kita sedar? Adakah kita sedar yang hidup kita dah pun menunjukkan kita dah tersasar dari landasan yang betul? Kemungkinan 'Ya' dan kemungkinan 'Tidak'. The possibilities is 50-50. Tapi jika kita menggunakan faktor cara kehidupan kita sekarang ini dalam menentukan kemungkinan kita sedar akan kehidupan kita yang dah pun tersasar, percentage nya will be different;- 90% No and 10% Yes (or maybe less).
Aku bercakap based on pengalaman. Hidup aku dah tersasar begitu jauh. Yes, dah lama aku hidup dalam kegelapan. Walaupun ada yang sudi memberikan cahaya, namun, cahaya tersebut makin menyesatkan aku ke dalam kegelapan yang akan membuatkan aku jauh dari DIA, yang akan membuatkan DIA murka dan marah padaku. Aku tak mahu DIA murka padaku, apatah lagi marah padaku. Aku hanya hamba, dan DIA adalah tuanku. Pada certain orang, cahaya tersebut merupakan satu anugerah dan Yes, pada mulanya aku berfikir begitu. Tapi, aku tak mahu terlalu tegopoh gapah dalam mencari cahaya sebab aku inginkan cahaya yang kekal abadi hingga dapat menerangkan rumah baruku yang bersaiz 7x3 nanti. Aku tak mahu rumah baruku itu gelap dan dipenuhi dengan makhluk makhluk lain. Aku mahu rumahku cerah, cerah seperti matahari yang menyinar menerangi semesta alam ini. Dan aku mahu hidup aman di sana tanpa diseksa oleh penolong penolong NYA.
Ya! Aku mahu hidupku di sana seperti itu, aman & tenang. Tetapi, adakah aku betul betul layak untuk hidup dalam keadaan demikian? Adakah aku betul betul layak? Banyak perkara yang dilarang oleh NYA aku lakukan, dan banyak perkara yang disuruh oleh NYA aku tinggalkan. Adakah aku layak untuk terima kehidupan yang diidamkan di sana? Sebilangan orang akan mengatakan "Tidak! Kau tak layak!" tapi sebilangan orang yang amat humble and down to earth dalam hidupnya akan mengatakan "Kau masih lagi layak untuk dapat kehidupan yang kamu impikan di sana sekiranya kamu berusaha untuk mendapatkannya dan bukannya ditunggu sehingga ianya datang"
Ya Allah! Besar dugaan MU pada ku ini. Jujur ku katakan, aku tak mampu lagi untuk meneruskan hidup ini. Amat perit untuk aku menghadapi dugaan sebegini. Hanya mengharapkan simpati dari makhluk ciptaan MU, keturunan Muezza untuk jadi peneman setiaku. Aku tahu aku sepatutnya mengadu setiap perkara pada MU, tapi ego ku melampaui batas. Ego ku mencabul hak MU sebagai PENCIPTA ku.
Ya Allah! Jauh sekali untuk aku murka pada MU, jauh sekali untuk aku berpaling dari MU. Hati kecilku masih lagi mengaku KAU pencipta ku dan Muhammad Rasul ku. Hati kecil ku juga masih lagi mengimpikan keampunan dari MU, pertolongan dari MU dan syafaat dari kekasih MU.
Ya Allah! Jika inilah yang terbaik untuk hamba MU ini, permudahkanlah urusannya jauh kanlah hamba MU ini dari sifat sifat keji. Dekat kanlah diri hamba MU ini dengan sifat sifat terpuji.
Ya Allah! Aku memohon kehidupan yang abadi di sana. Kehidupan yang aku impikan ketika berada di taman syurga MU di rumah kekasih MU Ya Allah! Walaupun hanya untuk beberapa ketika, namun aku ingin sekali untuk merasai perasaan seperti itu Ya Allah! Perasaan yang sayu, perasaan rendah diri, perasaan yang mengaku bahawa aku adalah hamba, dan KAU adalah tuhanku.
"Raudhah... aku merinduimu
Kaabah... aku menunggu panggilan mu
Nabawi... aku rindu akan ketenangan mu
Berilah aku peluang untuk sedar akan siapa diri ku disisi MU
Berilah aku peluang untuk menjadi tetamu istimewa MU
Berilah aku peluang untuk mengucap salam pada kekasih MU
dan...
Berilah aku peluang untuk akhiri hidup ku dengan keredhaan MU"